Halaman ini bertujuan untuk membantu anda memahami cara menjawab soal selidik Match 6.5. Soal selidik ini meminta anda memberikan maklumat yang berkait dengan kelakuan yang besar kemungkinannya anda amalkan di tempat kerja. Penyelidikan telah menunjukkan bahawa soal selidik Wave® Saville Assessment adalah peramal yang berwibawa bagi pelbagai prestasi dan tingkah laku di tempat kerja.
Soal selidik ini dibentangkan dalam bentuk enam blok pernyataan yang meminta anda memberi pengadaran menggunakan skala sembilan mata daripada 1 – ‘Amat Tidak Setuju’ hingga 9 – ‘Amat Setuju’ Sila masukkan jawapan anda dengan memilih pengadaran yang sesuai bagi setiap pernyataan. Anda mesti menjawab setiap pernyataan untuk pergi ke blok yang seterusnya.
Apabila anda memberi dua pernyataan atau lebih pengadaran yang sama, anda mungkin ditanya pernyataan mana paling tepat menggambarkan diri anda dan pernyataan mana paling kurang tepat menggambarkan diri anda.
© 2024 Saville Assessment. All rights reserved.